17 Ogos 2012

Majlis Sambutan Hari Raya

Tarikh: 15 Ogos 2012
Tempat: Dewan Mini SK Kg Kudong

Keterangan:
Satu majlis ringkas telah diadakan pada hari terakhir sebelum sesi persekolahan ditutup selama 10 hari. Majlis ini bertujuan untuk memberi tanda mata kepada semua warga sekolah sempena ketibaan Syawal. Guru-guru, staf sekolah dan juga pekerja menerima tanda mata berupa hamper manakala murid-murid menerima duit raya daripada guru-guru.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Gambar:











02 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Lahir Murid Asrama Seri Gemilang

Tarikh: 1 Ogos 2012
Masa: 7 petang
Tempat: Dewan Makan Asrama Seri Gemilang

Keterangan:

Majlis ini diadakan sempena dengan ketibaan Ramadhan dan juga sempena meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Mac hingga Jun. Majlis diserikan dengan kehadiran Pn. Rosnah bte Yaacob, guru-guru dan juga staf.
Selamat Hari Lahir dan Selamat Menyambut Ramadhan diucapkan kepada semua.


Gambar: