20 Julai 2012

Pertandingan Futsal Antara Rumah Sukan

Tarikh: 19 Julai 2012
Masa: 2:30 petang
Tempat: Gelanggang Futsal Kg Kudong

Keterangan:
Pertandingan Futsal Antara Rumah Sukan ini adalah kesinambungan pada Pertandingan Bola Jaring yang dijalankan pada minggu sebelumnya. Pertandingan berlangsung dengan jayanya tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini. Keputusannya, Rumah Biru telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Futsal Antara Rumah Sukan. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua yang menjayakan pertandingan ini.

Gambar:





14 Julai 2012

Rehat Minda Murid Tahun 6

Tarikh: 13 Julai 2012
Masa: 2:00 petang
Tempat: Wetworld Batu Pahat

Gambar:






10 Julai 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Tarikh: 10 Julai 2012
Masa: 7:30 pagi

Keterangan:
Senamrobik ini merupakan satu program kesinambungan kepada program 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan di sekolah. Aktiviti senamrobik ini berjalan serentak di seluruh negara yang melibatkan kira-kira 10 000 sekolah di seluruh negara. Bagi SK Kampung Kudong, aktiviti senamrobik ini telah dijalankan dengan penglibatan menyeluruh dari semua guru dan murid. Tahniah diucapkan.

Rakaman bergambar: 










09 Julai 2012

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) - Bola Jaring

Tarikh: 6 - 8 Julai 2012
Tempat: Kompleks Sukan Kluang, Kluang, Johor.

Karnival Sukan ASAT merupakan satu acara wajib bagi sekolah yang mempunyai asrama di negeri Johor. Untuk tahun 2012, daerah Kluang telah diberi penghargaan untuk menganjurkannya. SK Kampung Kudong sebagai wakil tunggal daerah Segamat telah menghantar 1 penyertaan dalam pertandingan bola jaring bawah 12 tahun. Keputusannya pasukan bola jaring telah berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada kesemua pemain yang telah berjuang bersungguh-sungguh. Semoga akan lebih berjaya pada tahun hadapan.

Rakaman Bergambar:





06 Julai 2012

Lawatan Penanda Aras LINUS

Tarikh: 4 Julai 2012
Masa: 9:00 pagi
Keterangan: 
SK Kampung Kudong telah diberi penghargaan sebagai tuan rumah bagi kunjungan dari PPD Lipis, Pahang sempena Lawatan Penanda Aras LINUS. Turut hadir bersama-sama adalah En Yasiran bin Maskom, Pegawai PPD Segamat, FasiLINUS Segamat, wakil PPD Lipis, guru-guru dan murid-murid dari daerah Lipis, Pahang. Murid-murid tersebut telah diletakkan di dalam kelas LINUS untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid LINUS SK Kg Kudong. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi input berguna untuk kemajuan anak bangsa Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat terutama sekali PPD Segamat atas sokongan yang dberi dan PPD Lipis atas kesudian berkunjung ke sekolah kami.

Rakaman bergambar: